Sunday, 9 December 2012

Gulai Ikan Tongkol

Gulai ini bukanlah gulai ikan tongkol untuk Nasi Dagang, makanan tradisi Pantai Timur Malaysia (Pahang, Terengganu dan Kelantan) yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun temurun dari nenek moyang mereka. Versi yang ini adalah yang simple, untuk dimakan dengan roti atau nasi putih biasa. Gulai ikan tongkol untuk Nasi Dagang tersebut adalah berlainan dengan gulai ini, dan cara penyediaannya juga rumit dan sikit leceh. Ia mesti direbus dulu dengan rempah2 tradisi dan diperam semalaman untuk dapatkan rasa 'kick' gulai tersebut. Gulai yang saya buat ini rasanya sedikit masam2 dan masin tu hanya secubit jer:) tapi apabila dimakan dengan sayur dan nasi panas2 serta tumbuk cili padi garam (sambal) rasanya akan sebati dan boleh bertambah 2-3 pinggan. Saya buat ini untuk makan malam sabtu baru ini. Okey, saya kongsikan resepi ini:-

2 ketul ikan tongkol sederhana besar (potong sesuka mana)
500gm santan or 1 1/2 biji kelapa, perah
3 keping asam gelugur
Cili padi 5-6 biji or sesuka hati
Bahan untuk kisar or tumbuk (kalau rajin, tp saya suka menumbuk termasuk tumbuk orang)
cili kisar dalam 3 tbsp or 5-6 cili kering, rendam
lengkuas dalam 1 inci
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 ulas

Tumis dulu bahan kisar sampai naik wangi atau pecah minyak. masukkan santan dan asam, sentiasa kacaukan supaya tidak pecah minyak. selepas mendidih barulah masukkan ikan dan cili padi. biar sampai didih (tak perlu kacau lagi cuma sesekali kacau supaya ianya tidak berkerak) dan kuah pekat sikit. then, rasakan garam dan gulanya. gula tu sikit jer tau. orait done!Bon appetit!

No comments:

Post a Comment