Sunday 9 December 2012

Gulai Ikan Tongkol

Gulai ini bukanlah gulai ikan tongkol untuk Nasi Dagang, makanan tradisi Pantai Timur Malaysia (Pahang, Terengganu dan Kelantan) yang telah diwarisi oleh mereka sejak turun temurun dari nenek moyang mereka. Versi yang ini adalah yang simple, untuk dimakan dengan roti atau nasi putih biasa. Gulai ikan tongkol untuk Nasi Dagang tersebut adalah berlainan dengan gulai ini, dan cara penyediaannya juga rumit dan sikit leceh. Ia mesti direbus dulu dengan rempah2 tradisi dan diperam semalaman untuk dapatkan rasa 'kick' gulai tersebut. Gulai yang saya buat ini rasanya sedikit masam2 dan masin tu hanya secubit jer:) tapi apabila dimakan dengan sayur dan nasi panas2 serta tumbuk cili padi garam (sambal) rasanya akan sebati dan boleh bertambah 2-3 pinggan. Saya buat ini untuk makan malam sabtu baru ini. Okey, saya kongsikan resepi ini:-

2 ketul ikan tongkol sederhana besar (potong sesuka mana)
500gm santan or 1 1/2 biji kelapa, perah
3 keping asam gelugur
Cili padi 5-6 biji or sesuka hati
Bahan untuk kisar or tumbuk (kalau rajin, tp saya suka menumbuk termasuk tumbuk orang)
cili kisar dalam 3 tbsp or 5-6 cili kering, rendam
lengkuas dalam 1 inci
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 ulas

Tumis dulu bahan kisar sampai naik wangi atau pecah minyak. masukkan santan dan asam, sentiasa kacaukan supaya tidak pecah minyak. selepas mendidih barulah masukkan ikan dan cili padi. biar sampai didih (tak perlu kacau lagi cuma sesekali kacau supaya ianya tidak berkerak) dan kuah pekat sikit. then, rasakan garam dan gulanya. gula tu sikit jer tau. orait done!Bon appetit!

Wednesday 5 December 2012

Curried Sausages





Aku memang suka mencuba dan create resepi sendiri berpandukan dari pemerhatian aku terhadap sayur2 dan bahan2 yang segar dari supermarket terpilih. Aku bukanlah yang terlalu pentingkan perfection but for me the freshest the better. Ok, supermarket yang bagi aku class A ialah Ben's at Publika, Solaris Kiara, Pasaraya Hock Chun, Jalan Ampang, Cold Storage (tengok tempat, sbb ader tempat harganya melampau sgt), Jusco..boleh tahanlah..So, resepi ni aku geram tengok celery dia tu yang segar, lagipun aku ader  banyak koleksi resepi celeri ni, just add sikit bagi dptkan taste baru..aku adaptasikan resepi dari buku2 yang aku beli dan finaly aku suka dengan rasanye, ader sikit rasa kari..opps ini bukan kari India or Malay..western style jugak ada resepi currynya tersendiri..cuma karinya tidak menyengat like kita or india kerana mereka  suka yang light. lagipun..500 tahun yang lampau pun mereka dtg sini takluk negara kita sbb rempah gak..
orait, ini resepinye:- (aku main2 campak2 jer, so pandai2lah create ikut lidah sendiri)

1 peket Sausage (cari yang jenama Ayam Brand or yang qualiti) Ayam or daging
1 brown onion (onion holland lagik sedap), cincang
1tbsp plain flour or tepung gandum boleh guna
1 tbsp rempah curry ayam or daging
Butter untuk mengoreng
2-3 cerely stalk, cincang
2 biji carrot besar, cincang
New Potatoes (potato ni adalah yang masih agak kecik, bukan koktail but memang small sikit dari yang matang), saya suka sbb ia senang lembut berbanding yang matang, tak payah rebus dulu, lebih kurang dalam 5-6 biji, belah 4
Stok ayam(dlm 2 cups, guna cups metrik, beli je kat bakeri, murah jer pun)
English Parsley
Nasi

Grill dulu sausages gunakan butter dlm 2 tbsp until brown all sides. Move on. In same pot, melt butter and stir onion until soft. Add in flour and rempah. slowkan api, stir until wangi. Masukkan celery, carrot, potatoes and stock. Cover, let them boil abt 15 minit. Then, add in sausages, uncover, let the sauce thicken slightly. Hidangkan dengan nasi, roti pun sedap. Buat or beli roti yng tag Dinner Roll, itu sesuai dimakan dgn this dish. ok, continue with another project!


Wednesday 21 November 2012

Penangan Rendang Nangka

Malam tadi saya cuba masak rendang nangka daripada buku resepi sayur tradisional melayu. Emm..rasanyer agak masam2 masin + pedas. Ni saya follow bulat2 dari resepi tu. tp suami saya bertambah nasi beberapa kali. then, malam tadi yang tidak habis, dibawa ke hari ni untuk disambung makan lagi. Tq so much darling.

Friday 16 November 2012

ART FOOD INTERNATIONAL AT PWTC

Last Sunday, aku pergi ke PWTC untuk pameran Food International 2012. Memang kebanyakkannya makanan chinese but ada yang halal as Haji Shahrin Low. Banyak restaurant yang ambil bahagian especially 3 to 5 star restaurant. As we know, mereka memang creatif to decorate their foods. Even, simple food but they make their food looks delicious and interesting. Cina memng suka dlam bab2 ni. And mereka create the story untuk every dish they served. Mari kita lihat gambar2 ni;


Gambar yg ada ikan berenang tu mereka namakan sebagai Taman Yang Indah Penuh dengan Ikan2 berenang. Yang atas tu tak faham:)






 ha, yang ditengah2 tu adalah sarang burung yang telah dimasak. cara masakannya ikut pada package yang kita beli tu. Rasanya benda tu halal di makan sebab memang mereka ambil dari sarang burung apatah, lupa nak tanya.







 

BULI BULI BULI BALIK


Sebenarnya bukan mudah untuk seseorang melupakan perbuatan orang lain terhadap dirinya, samada perbuatan itu baik atau buruk. Kesan yang ditinggalkan kadangkala menjejaskan kehidupan yang mendatang, tidak kurang juga meninggalkan kesan manis yang dibawa sampai ke akhir usia. Namun, kesan buruk yang ditinggalkan akan mencetus satu perasaan baru, yang diistilahkan sebagai DENDAM.

Dendam, amat bahaya kepada kehidupan manusia lain mahupun diri sendiri, kerana dendam ini tidak mengenal keturunan, kawan, sahabat malah kaum keluarga sendiri pun menjadi mangsa dendam. Dendam yang cuba saya kupas ini ialah dendam yang berputik ketika zaman kanak-kanak, atau zaman persekolahan ataupun zaman tika mengenal dunia dalam ertikata sebenar. 

Sering kita dengar dengan kisah buli. Samada buli di sekolah dan universiti, hatta di universiti sekalipun, istilah buli sentiasa ada dalam kamus sipembuli.  Di universiti, wujud satu sistem bagi pengenalan diri pelajar junior untuk melangkah ke alam baru kehidupan mereka iaitu minggu orientasi. Sebelum mencecah zaman milineum, minggu orientasi ini boleh dikatakan sebagai minggu paling sukar bagi pelajar-pelajar junior ini kerana mereka terpaksa melalui berbagai jenis `siksaan‘. Pengalaman dari pakcik dan makcik saya ketika mereka di universiti menceritakan ada pelajar yang dibuli oleh senior mereka dengan mengikat badan pelakar ini kepada kipas pusing siling dan dibiarkan berpusing dengan kelajuan minimun kerana gagal memenuhi kehendak pelajar senior, ada yang dipaksa mencuci tandas yang tidak dipam selepas membuang air besar dengan mencelupnya dengan tangan dan berbagai jenis perkara yang tidak masuk akal dikenakan semata-mata untuk diterima sebagai komuniti dalam sesebuah universiti tersebut. Dan setiap universiti, berlainan jenis cara siksaan tersebut.

Namun, perkara seperti ini jarang meninggalkan dendam kepada yang kena buli kerana faktor kematangan juga memainkan peranan selain merasa perkara ini tidak menjejaskan kehidupan harian mereka. Apa pula berlaku jika kekurangan diri dijadikan mainan bibir dan diejek serta dilaungkan kepada orang ramai? Misalnya, seorang wanita yang dilahirkan dengan rupa yang buruk, yang dikatakan tidak ada langsung daya tarikan bagi menarik perhatian orang. Lelaki yang seakan-akan keperempuanan, lembut dan menambah jelek kepada wanita-wanita yang memandangnya. Bolehkah mereka yang dilahirkan dengan kekurangan ini menerima hinaan dan ejekan berterusan pembuli terhadap mereka?

Kesannya teruk. Amat teruk hingga menghilangkan keyakinan dalam diri mereka untuk menempuh hari-hari seterusnya. Paling teruk, wanita yang diejek buruk itu akan beranggapan yang diri mereka tidak layak untuk berkahwin dan melahirkan anak kerana dikhuatiri zuriat mereka akan buruk seperti mereka. Manakalan lelaki pula hilang jati diri untuk membuktikan kelakian mereka kerana masih fobia akan penghinaan yang mereka terima selama ini.

Saya pernah membaca satu kisah yang diambil dari pengalaman penulis novel jenayah yang  dahulunya adalah bekas pegawai khas FBI di Amerika, menulis tentang kisah-kisah yang pernah ditanganinya.  Antaranya ialah pengalamannya berdepan dengan pembunuh bersiri yang pernah menjadi mangsa buli tetapi bukan pembunuh tersebut yang menjadi mangsa tetapi isterinya! Sejak di sekolah tinggi, isterinya sering menjadi mangsa buli ekstrem sekumpulan pelajar di sekolahnya. Sehinggakan dia dan isterinya terpaksa menukar identiti dengan membuat pembedahan plastik pada wajah mereka. Walaubagaimanapun, mereka tetap menyedari bahawa walaupun wajah ditukar namun genetik tetap tidak berubah. Dan si isteri tetap merasakan bahawa zuriatnya akan menjadi sepertinya dan akan menjadi mangsa buli sepertimananya. Sehinggalah mereka kembali ke daerah yang pernah menjadi sejarah hitam kepada mereka, situasi tetap tidak berubah dan akhirnya isterinya bertekad menamatkan riwayat hidupnya sendiri dengan menelan pil tidur berlebihan.

Bermula dari situlah, rentetan peristiwa pembunuhan bersiri mula berlaku pada bekas pelajar-pelajar yang pernah terlibat dengan kumpulan samseng dan pembuli di sekolah tinggi tersebut. Akhirnya pembunuh itu dapat ditumpaskan yang merupakan suami kepada isterinya yang menjadi mangsa buli tegar dan suaminya yang juga merupakan bekas pelajar di sekolah tinggi tersebut.

Pelbagai lagi kisah dendam yang tidak berkesudahan yang diterima oleh pembuli atas perkara buruk yang pernah mereka lakukan dulu. Kita jangan fikir bahawa mangsa buli dapat menerima perlakuan mereka dan hidup seperti biasa tanpa menyimpan sedikit pun perasaan tidak puas hati, kerana hati adalah hak individu, tidak boleh ditentukan oleh orang lain. Kita mesti menerima impak dari perbuatan kita jika kita pernah menghancurkan hak kehidupan individu yang terpaksa menerima kesan buruk dariperlakuan kita.

Adalah menjadi tanggungjawab kita juga untuk mengelakkan kejadian buli dari terus berlaku, baik di peringkat sekolah hinggalah di tempat kerja malahan hingga ke kehidupan seharian kita, dengan memerhatikan tingkah laku anak-anak kita, keluarga dan sahabat handai kita agar mereka tidak terjebar dari melakukan perkara-perkara buruk dan keji dari segi agama dan akhlak. Agama kita sendiri amat mengeji kita berbuat jahat, memalukan dan menghina orang lain walaupun berlainan kepercayaan dan agama.

Elakkan diri dari menjadi mangsa buli dan jauhkan diri dari membuli!

Friday 2 November 2012


























Yes, this cake became fav to everybody who crazy 4 chocolate!But..(ada but tu)..myself as tukang buat paling lemah kalau orang order cake ni..nak buatnyer? huh..ambik masa u know, leceh remeh, dn very important reason is susah nak clean benda bercoklat ni. Yng paling suker cake ni ialah Siti Fatimah sekeluarga..memang dorang sefamily macam dah tak ader kek lain dah, promotelah macammane pun cake lain yang ini jugak dia nampak..baik dia, kakaknya, sampai ke sepupu sepapat..apapun, trima kasihlah banyak (kerana selalu make my face so comot dek cokolat)..ader gak org suh buat moist chocolate cake..and i have a good recipe on my hand..from husband fren..yg tak pernah sua muka, kenal from laman chat 'kampung' dulu..namenya chef dania, tp kekal berkawan bertahun2, sampai dia pun dah kahwin, kami pun kahwin, friendship yg tulus ikhlas, dari chat dihujung jari sampai berbual di talipon tapi tak pernah jumpa..hinggalah satu hari bila call hp dia tak dapat2, rupa2nya kakak dia menjawb yang chef dania pergi tunai haji bersama husband dia..dan..meninggal ketika tidur di bumi berkat tu..tergaman dan terkejut..kerana Allah punya plan lebih hebat..Alfatihah..dan kerana itu, aku masih tak mampu nak mulakan resepi yang disedekahkan oleh chef dania..kisah dia pernah masuk dalam Hot FM melalui seorang anak muridnya yg sendiri xsangka benda ni berlaku begitu pantas..maybe one day, i'll make that cake and half of sale i'll donate on hername tu needed people..May God bless her..amenn